Pengasas MCG


Ummi Nadia binti Ghazali atau lebih dikenali sebagai Nadea Ghazali di dalam bidang perniagaan ini merupakan seorang anak muda yang bersemangat tinggi. Beliau yang sebelum ini pernah bekerja di 3 buah salon di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur amat meminati bidang kecantikan serta penjagaan diri. Beliau memliki lebih daripada 5 tahun pengalaman di dalam bidang kecantikan. Beliau mempunyai pengalaman yang luas khususnya rawatan muka (facial) dan pernah berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan. Beliau juga amat peka dengan perkembangan pelanggan beliau. Jika pelanggan ada masalah tentang masalah rawatan muka mahupon rawatan badan (body treatment) beliau akan membantu dan kerana itu jugalah beliau mempunyai ramai pelanggan tetap. Dan pernah ada seorang pelanggan yang sanggup bertukar salon semata-mata mahu menggunakan khidmat beliau. Selain itu juga, beliau pernah bekerja di Pusat Pelangsingan Badan milik bumiputera dan kerana itu juga beliau memiliki sedikit sebanyak pengetahuan berkenaan penjagaan badan. Dan dari segi bidang pengurusan pengantin pula, beliau berani membuka syarikat ini kerana minat dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi untuk menggubah hantaran serta pelamin. Khemah pengantin pula beliau mendapat ilham daripada perniagaan bapanya yang telah lama dalam bidang tersebut. Jadi dengan pengalaman serta kebolehan berinteraksi dengan pelbagai jenis individu inilah membuatkan beliau berani menceburkan diri di dalam bidang perniagaan ini. Dengan itu, beliau yakin mampu melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya oleh pelanggan. Perkhidmatan dan pengurusan pemasaran juga berada di bawah tanggungjawab beliau sepenuhnya. Selain itu beliau juga menguruskan akaun syarikat dan urusan jual beli stok serta produk.